Monday, June 22, 2015

Presentation Best Practice

17 Jun, 2015

Hari terakhir kelas.
Sebenarnya kuliah dah habis, cuma kami belum lagi membentangkan projek amalan penggunaan media terbaik dalam PnP.

Kumpulan kami confident je nk bentang projek ni. Tajuk projek kami adalah , Penggunaan media perkongsian digital bagi mewujudkan pembelajaran kolaboratif dalam kelas abad ke-21.

Projek kami membincangkan tentang penggunaan aplikasi google drive dalam pengajaran subjek sains di sekolah.  Memanglah kalu kita menngajar menggunakan internet dalam kelas atau bawa budak-budak ke makmal komputer dia orang ni sangat teruja. Apa lagi bila kita ajar tentang teknologi yaang baru yang tak pernah mereka guna akan membuatkan pelajar  sangat teruja... So... bila kita suruh buka enjin cari google untuk cari maklumat, laaju je mereka buat. sebab apa ek? oh sebab mereka berebut-rebut dengan group lain untuk letakkan maklumat yang mereka cari dalam google drive.

Penggunaan google drive ni yang bestnya, pelajar dapat masukkan maklumat mereka kepada slaid yang dipaparkan ole guru dengan mudah dan cepat sebab komputer mereka telah dihubungkan secara atas talian antara satu sama lain dalam satu slaid sahaja. Jadi bila group mereka masukkan maklumat, group lain dapat melihat dan membaca terus atas skrin yang dipaparkan oleh guru. Dengan ini pembelajaran kolaboratif berjalan dengan lancar.

Betulkah pembelajaran kolaboratif?

Pembelajaran kolaboratif  yang diketengahkan mengikut model kolaboratif yang dikemukakan oleh Reid (1989). Menurut Tan Wee Chueng et al.(2008) dalam model tersebut terdapat 5 fasa untuk membentuk pengajaran dalam pendekatan secara kolaboratif .Fasa tersebut adalah penglibatan,eksplorasi,transformasi,persembahan dan refleksi. Penerangan setiap peringkat fasa  seperti dibawah :
i)    Fasa penglibatan (Engagement): Fasa guru menyediakan persekitaran  aktiviti dan
       menglibatkan penglibatan secara kolaborasi dan perkongsian
ii)   Fasa eksplorasi(Exploration) : Pelajar mengumpul maklumat secara eksplorasi
       mengikut penetapan yang telah diarahkan oleh guru.Pelajar boleh menggunakan
      panduan persoalan  untuk penerokaan seperti :
a.                   Apa yang saya perlu tahu?
            b)  Apa yang saya perlu belajar?
c) Bagaimana saya perlu belajar dan berkerjasama dengan orang lain untuk mendapatkan tujuan yang sama
d)  Apa yang saya sudah belajar
e)  bagaimana caranya untuk saya berkongsi apa yang saya dapat atau apa yang saya  dapat dari orang lain.
(iii) Fasa  transformasi (transformation) : Berlaku perubahan pengetahuan.pelajar menyusun maklumat yang telah mereka perolehi.
(iv) Fasa Persembahan(presentation): Pelajar dikehendaki mempersembahkan hasil
     tugasan yang telah diberikan .Mereka akan mendapat maklumbalas daripada rakan lain
      dan juga guru.
(v) Fasa  Refleksi (reflection): pelajar membuat refleksi terhadap pembelajaran yang telah
dilalui dengan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan.

Dalam projek ni kami libatkan semua pelajar (enggagement) untuk pelajar cari maklumat (eksplorasi) menggunakan enjin carian google, seterusnya mereka transformkan maklumat tadi ke bentuk slaid yang boleh dikongsikan bersama menggunakan google drive (presentation). Dan di akhir kelas pelajar sendiri memasukan rumusan dalam slaid (refleksi).

Best tak cara pnp macam ni??? ini salah satu cara untuk guru-guru galakkan pelajar mencari maklumat sendiri.

Kalu pelajar berada di rumah mempunyai akaun facebook, guru-guru juga berinteraksi dengan pelajar untuk berbincang atas talian, bila di dalam kelas guru-guru boleh menjelaskan perbincangan secara terperinci. atau guru-guru boleh gunakan blog, beri assignment kepada pelajaar waktu cuti dan suruh mereka buat tugasan guna blog...

Sebenarnya banyaak cara untuk guru-guru libatkan pelajar dalam pembelajaran secara online, cuma kawalan dan peraturan perlu dibuat agar pelajar tidak ghaib dari alam ciber. Guru-guru juga boleh membuat penilaian assessment secara atas talian contohnya boleh menggunakan quizlet, quizzes dan sebagainya.



Okeylah, berundur dulu sebab esok ada exam. study sikit apa yang patut... bye bye...




Wednesday, June 3, 2015

Refleksi Minggu ke-12


Teknik yang boleh digunakan bagi e-assessment
eg: Penilaian Formative

1.       Reflection – buat reflection melalui new media
                   Contoh:  Terangkan cara yang telah dibincangan?
                    Rubrik: blog,
Soalan yang mencabar yang membolehan pelajar membuat r eflesi yang lebih banyak untuk belajar.  Di sini pelajar dapat membina pengetahuan sendiri.


2.       Demonstrating – Digital story /video (you tube)
3.       Observation – Video/virtual room
4.       Question – Web conference
5.       Evidence collection – e-portfolio (mohara)
6.       Collaborative work – wiki
7.       Quiz – Quizlet, exam view

Teknik untuk memantau aktiviti dalam social media

1.         Reflective Practice
2.         Ethnographic Method
3.         Network Analysis
4.         Traditional Website Metric

5.         Evalution Design

_____________________________ooooooooooooo_________________________

Jom kita lihat apa dia meta analisis


Meta-Analysis
Definition
A subset of systematic reviews; a method for systematically combining pertinent qualitative and quantitative study data from several selected studies to develop a single conclusion that has greater statistical power. This conclusion is statistically stronger than the analysis of any single study, due to increased numbers of subjects, greater diversity among subjects, or accumulated effects and results.
Meta-analysis would be used for the following purposes:
  • To establish statistical significance with studies that have conflicting results
  • To develop a more correct estimate of effect magnitude
  • To provide a more complex analysis of harms, safety data, and benefits
  • To examine subgroups with individual numbers that are not statistically significant
If the individual studies utilized randomized controlled trials (RCT), combining several selected RCT results would be the highest-level of evidence on the evidence hierarchy, followed by systematic reviews, which analyze all available studies on a topic.
Advantages
  • Greater statistical power
  • Confirmatory data analysis
  • Greater ability to extrapolate to general population affected
  • Considered an evidence-based resource
Disadvantages

  • Difficult and time consuming to identify appropriate studies
  • Not all studies provide adequate data for inclusion and analysis
  • Requires advanced statistical techniques
  • Heterogeneity of study populations

REFLEKSI MINGGU KE-11



Best Practices: Assessment

Assessing discussion board activities can take many forms. Regardless of the type of assessment strategy or tool that you use, there are some key points to remember: ·  Assessment must be matched to learning outcomes ·  Assessment must be aligned with instruction. ·  Students must be given clear guidelines regarding how their work will be assessed. There are times when using a simple system such as awarding points for participation is appropriate. At other times, you may give whole class feedback incorporating individual student posts. However, there are also times when a more detailed assessment may be desired. Below is a list of assessment tools to consider. All could be adapted for use on the discussion board.

Sample Assessment Tools
·  One Minute Papers
·  Graphic Organizers
·  Concept Maps
·  Checklists/Rubrics
·  Reflective Journals

Who is Responsible for Student Assessment?

Teacher Assessment - teacher assessment is probably the most commonly used assessment. Any of the tools listed on this page can be used by teachers to assess their students.
However, there are many advantages to using self-assessment and peer assessment tools as well.

Self Assessment - encourages students to think about their own learning and to reflect upon areas of strengths and weaknesses.



Peer Assessment - actively involves students in the assessment process and encourages critical thinking skills. Students often respond more positively to feedback from their peers.
·  Assessing Learning: Peer & Self Assessment http://www.nclrc.org/essentials/assessing/peereval.htm


ASSIGNMENT



KERTAS CADANGAN   PROJEK AMALAN TERBAIK DALAM PDP

TAJUK
Penggunaan media perkongsian digital (google drive) dalam persekitaran pembelajaran secara kolaboratif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan 2

1.0 PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG

Dalam menghadapi cabaran untuk pengajaran dan pembelajaran abad ke 21, penggunaan teknologi terutamanya penggunaan  Web 2.0 boleh mewujudkan persekitaran yang moden yang boleh  memberi impak kepada pedagogi (Redecker,2009). Pembelajaran dengan teknologi juga boleh dapat menarik minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari (Huneycut, 2013). Pelajar juga boleh terlibat secara aktif dan berkolaborasi sekiranya mereka diberi rangsangan dan panduan. Pelajar sekolah pada era  ini juga disebut sebagai ‘Digital Natives’ (Prensky, 2001) kerana mereka lahir dan membesar dengan peralatan digital di sekeliling mereka. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang menggunakan ‘chalk and talk’ dan tidak begitu menepati kehendak mereka dan tidak begitu memberi kesan yang mereka harapkan.

Pembelajaran yang berpusatkan guru adalah salah satu strategi pengajaran yang agak ketinggalan zaman kerana pelajar tidak lagi berasa ia sesuatu mencabar. Pelajar pada abad ini adalah generasi yang sukakan cabaran dan eksplorasi, oleh itu pembelajaran yang berpusatkan murid adalah yang bersesuaian untuk mereka.
Jadi penggunaan Google Drive dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas abad ke-21 adalah salah satu cara yang boleh digunakan  untuk meningkatkan pemahaman pelajar di samping dapat memupuk minat belajar dan pembelajaran menjadi sangat aktif.  

1.2    PENYATAAN MASALAH  

  
Pengajaran guru secara tradisional yang hanya mengunakan “chalk & talk “ amat membosankan pelajar pada masa kini. Ia adalah pengajaran yang berpusatkan guru. Pelajar hanya mendengar penerangan guru tanpa berusaha untuk mencari sendiri pengetahuan. Kesannya, pelajar menjadi semakin pasif dan malas. Bahkan ada pelajar yang tertidur semasa penerangan guru.  Apatah lagi, kehidupan harian pelajar bila berada di rumah, mereka sangat terdedah dengan pelbagai apalikasi internet. Jadi mereka lebih suka jika guru dapat memberi input menggunakan gajet yang terkini juga.

Begitu juga situasi yang berlaku di dalam kelas sewaktu guru mengarahkan pelajar membuat perbincangan di dalam kumpulan dengan hanya membuat rujukan menggunakan buku teks menyebabkan pelajar tidak begitu aktif dan kurang berminat.  Sumber buku teks yang terhad menyebabkan pelajar sukar untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Perbincangan pelajar bersama kumpulan di dalam kelas juga tidak berjalan lancar kerana ada ahli kumpulan yang tidak berminat untuk turut serta disebabkan kekurangan sumber rujukan. Oleh itu dengan menggunakan bahan dari internet, sumber rujukan boleh didapati dari pelbagai sumber dan pada masa yang sama akan menarik pelajar untuk melibatkan diri secara aktif di dalam perbincangan kumpulan dan perbincangan akan menjadi lebih rancak dan menarik.

Abad ke-21, adalah masa untuk mengubah paradigma guru, iaitu cara pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Dengan ini guru menggunakan kaedah kolaboratif untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam perbincangan berkumpulan.  Guru menjadi fasilator dalam menggerakkan pelajar supaya perbincangan menjadi lebih menarik dan mereka mendapat pelbagai informasi.

Sepanjang pengalaman guru mengajar sub topik  jenis-jenis nutrisi dan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar,   didapati guru mengambil masa yang sangat lama untuk membincangkan sub topik ini. Pelajar juga menghadapi masalah untuk memahami jenis- jenis kelas makanan dan  fungsinya melalui buku teks sahaja tanpa ada rujukan yang sesuai seperti menggunakan internet.  Bagi menyelesaikan masalah tersebut penggunaan media perkongsian digital  menggunakan google drive dalam pengajaran bagi sub topik ini telah dirancang untuk memastikan masalah tersebut dapat diatasi.


1.3 OBJEKTIF
Diantara objektif penggunaan perkongsian digital google drive adalah
1.   Mengintegrasikan aktiviti pembelajaran yang telah disediakan dalam satu persekitaran pembelajaran berasaskan  pendekatan pembelajaran secara kolaboratif  dengan sokongan teknologi  abad ke-21 mengunakan model pembelajaran kolaboratif oleh Reid (1989)
2. Mengoptimumkan penggunaan media perkongsiaan digital (google drive) bagi meningkatkan pemahaman dan proses pengajaran dan pembelajaran.
3.  Menilai tahap keberkesanan (dari segi masa, minat pelajar dan penglibatan pelajar) penggunaan teknologi media perkongsian digital dalam pengajaran subjek sains tingkatan 2 .

2.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS
Menurut Johan @ Eddy Luaran (2013) Penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran didorong oleh konsep ‘open educational resourses’ di mana maklumat serta aplikasi adalah percuma untuk digunakan tanpa kekangan kecuali terdapat pakej khusus yang perlu dibayar oleh pengguna. Penggunaan web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat meningkatkan kolaborasi.
Menurut Analisa Hamdan (2013), web 2.0 mampu meningkatkan potensi pelajar untuk belajar dan menguasai sesuatu topik dengan mudah. Selain itu, teknologi juga berkeupayaan meningkatkan potensi terhadap penglibatan pelajar dalam proses P&P.
Menurut Suzana Shaharuddin dan Fariza Khalid (2014) Kelebihan Google drive dan Google Docs ialah ia dapat melakukan perkongsian bahan secara atas talian dan menyimpannya di samping dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar
Reka bentuk kajian kualitatif pula sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan (Crawford & Irving 2009). Sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan, kajian kes dipilih sebagai strategi kajian manakala temu bual dan analisis dokumen sebagai teknik kajian (Ahmad Naqiyuddin 2008; Neuman 2010).

3.0 METODOLOGI
3.1 LEARNING TEORI /STRATEGI YANG DICADANGKAN

Teori  yang diaplikasikan disini adalah teori Connectism. Teori ini dicadangkan oleh  George Siemen (2004). Menurut George Siemens, Connectivism merupakan teori pembelajaran yang digunakan untuk era digital masa kini dan merupakan alternatif teori pembelajaran pada abad digital. prinsip-prinsip Connectivisme adalah seperti berikut:-
a).  Kepelbagaian pendapat: pembelajaran dan pengetahuan mempunyai kepelbagaian pendapat dan pandangan individu. Ini dapat diaplikasi kan semasa murid mencari maklumat didalam kumpulan dan dapat dikongsi bersama.
b) Keperluan memelihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya pembelajaran berlaku secara berterusan.Maklumat yang diperolehi dapat dikongsikan dan dapat diakses pada bila bila masa.
c)   Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan konsep
d) Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran connectivism.Ini dicapai melalui sumber maklumat yang boleh diperolehi .
e) Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi  maklumat yang banyak diperoleh..Pelajar juga perlu memilih bahan yang sesuai dengan tahap pemikiran dan pembelajaran mereka.
f). Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.Murid dapat membuat keputusan yang lebih matang dan rasional berdasarkan maklumat baru dan pengetahuan yang diperoleh oleh murid murid.



Dari segi strategi pengajaran pula kami memilih strategi pembelajaran secara kolaboratif.
Pembelajaran kolaboratif  yang diketengahkan mengikut model kolaboratif yang dikemukakan oleh Reid (1989). Menurut Tan Wee Chueng et al.(2008) dalam model tersebut terdapat 5 fasa untuk membentuk pengajaran dalam pendekatan secara kolaboratif .Fasa tersebut adalah penglibatan,eksplorasi,transformasi,persembahan dan refleksi. Penerangan setiap peringkat fasa  seperti dibawah :
i)    Fasa penglibatan (Engagement): Fasa guru menyediakan persekitaran  aktiviti dan
       menglibatkan penglibatan secara kolaborasi dan perkongsian
ii)   Fasa eksplorasi(Exploration) : Pelajar mengumpul maklumat secara eksplorasi
       mengikut penetapan yang telah diarahkan oleh guru.Pelajar boleh menggunakan
      panduan persoalan  untuk penerokaan seperti :
  1. Apa yang saya perlu tahu?
b)  Apa yang saya perlu belajar?
c)  Bagaimana saya perlu belajar dan berkerjasama dengan orang lain untuk
  mendapatkan tujuan yang sama
d)  Apa yang saya sudah belajar
e)  bagaimana caranya untuk saya berkongsi apa yang saya dapat atau apa yang saya  dapat dari orang lain.
(iii) Fasa  transformasi (transformation) : Berlaku perubahan pengetahuan.pelajar menyusun maklumat yang telah mereka perolehi.
(iv) Fasa Persembahan(presentation): Pelajar dikehendaki mempersembahkan hasil
     tugasan yang telah diberikan .Mereka akan mendapat maklumbalas daripada rakan lain
      dan juga guru.
(v) Fasa  Refleksi (reflection): pelajar membuat refleksi terhadap pembelajaran yang telah
dilalui dengan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan.

3.1.2 Cadangan dan idea amalan terbaik


Pembelajaran dengan pendekatan kolaboratif  dapat dilaksanakan bagi menggalakkan penyertaan semua pelajar dalam proses pencarian maklumat dalam talian contohnya menggunakan enjin pencarian google dan sebagainya.  Pelajar akan mencari maklumat dan berkongsi maklumat tersebut yang akan dipersembahkan  di dalam google slide untuk dikongsi bersama dalam aplikasi perkongsian media digital (google drive). Penglibatan pelajar yang aktif dapat mengubah corak pembelajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang berpusatkan murid. Maklumat yang diperolehi akan dikongsi bersama  dan ia dapat dimanfaatkan pada semua pelajar.  Pengunaan  google drive juga membenarkan pelajar mengakses pembelajaran itu semula pada bila bila masa jika mereka mahu mengulangkaji. Masalah penyimpanan bahan pembelajaran dapat diatasi kerana ia di simpan secara cloud di dalam talian .Aplikasi google drive ini juga percuma dan mudah dikendalikan kerana para pelajar hanya perlu mempunyai akaun gmail sahaja.Pengunaan aplikasi perkongsian digital ini (google drive) merupakan amalan terbaik untuk menyokong pembelajaran secara kolaboratif yang di jalankan di dalam kelas.

Di sini kaji hanya ingin melihat keberkesanan penggunaan google drive dalam pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif di dalam kelas. Jadi kajian ini tidak menyentuh tentang penggunaan enjin carian google.




3.2 POPULASI DAN SAMPEL

Kajian akan dilaksanakan di sekolah kami sendiri.  Yang mana populasi yang dipilih adalah terdiri dari pelajar tingkatan dua sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar. Sampel dipilih secara ‘purposive sampling’, iaitu pelajar dari satu kelas yang kami ajar.

3.3 INSTRUMEN

Instrumen kajian bentuk kualitatif iaitu menggunakan cara pemerhatian dan temubual.  Analisa Hamdan (2013), menggunakan kaedah temubual separa berstruktur. Soalan temubual diberikan dalam bentuk soal selidik respon terbuka. Soalan diberikan dengan bentuk penulisan jawapan yang terbuka. Pelajar bebas memberi pendapat mereka.
Kajian ini mengadaptasi kerangka reka bentuk kajian yang dikemukakan oleh Creswell (2009) kerana didapati menyeluruh dan dapat menunjukkan perkaitan yang jelas antara falsafah, strategi dan teknik kajian. Reka bentuk penyelidik adalah jenis kualitatif  .Strategi kajian ini pula adalah kajian kes . Manakala teknik kajian ini pula adalah kombinasi temu bual soalan terbuka  dan analisis kandungan dokumen.


Dalam pemerhatian, kami akan melihat aktiviti pelajar adakah aktif atau tidak. Bagaimana respon pelajar dan bagaimana hasil persembahan slide mereka.




3.4 TEKNIK PENGUMPULAN DATA

Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar akan diberikan satu set borang refleksi.  Setiap pelajar diminta menulis pendapat mereka tentang masa, minat pelajar, penglibatan pelajar, pemahaman dan cadangan penambahbaikan.
Hasil refleksi ini akan ditafsirkan atau dinilai dengan menggunakan perisian Nvivo dan direkodkan sebagai hasil kajian.

3.5 PELAKSANAAN
Mata Pelajaran :  Sains
Masa : 90 minit
Tajuk   :   Nutrisi ( Amalan pemakanan yang sihat)
Tingkatan :  2
Objektif pembelajaran :  Mengetahui  jenis-jenis nutrisi dan amalan pemakanan yang sihat    di kalangan pelajar.
Hasil Pembelajaran :
 i) Mengenalpasti fungsi dan jenis makanan
 ii) Mempraktikkan amalan pemakanan yang sihat.
Strategi Pembelajaran :  Pembelajaran Koperatif  dan kolaboratif

Bahan Bantu Mengajar : Komputer, LCD, jaringan Internet

Tools        : Google Drive (google slaid dan google doc)

Aktiviti yang dicadangkan :

Masa
Aktiviti Guru
Aktiviti pelajar
Penerangan
5 minit
Set Induksi

Guru memberi gambar berikut dan meminta pelajar untuk  memberi pendapat mereka tentang gambar tersebut.

https://lh3.googleusercontent.com/2p3TqFHQEntGqyH0ACDfyciaY0WSZIbYYZFiTdN4K0ulwhBp16yv1wDgMPmrwaKrxxHm4n21J_MZvp1IS0BHpZLWeHBJlNO0-oAARakRReU5KYOggEjHnXbXURdEnjKhkTZ_skl-WJN6lSBehttps://lh5.googleusercontent.com/vaLIsotDpyCZgvN80xqNMBWgFXeVURyygx26vDZyiuXCnTQH3dkdLKI-gETz4clAudN2WNNnLsbZ0mhqEI7lZWCJqPJCJmymh2fHdkK7MkBOMgzh4NA80igi7UAtGczpWy7ePSbYy7_FlJcT

https://lh6.googleusercontent.com/QvAbXTJN_L2ch2Aj7pZKFYeuDSBjJ9Wm70Ky-xdgoUnYfonCxryDZ7tg42TOsqbMg21qMUhL3wNDRpSHfsxh2qc5rOunSTAAI_MCfRO7LCriOOXsWaBUA_9HM5VoPnLw4Od3V1YpmtZHcuHE

Pelajar akan memberi pendapat mereka tentang gambar tersebut

Guru akan memandu idea yang diberikan oleh murid dan seterusnya mengaitkan  kepada topik yang hendak di pelajari pada hari tersebut.
10 minit
-Guru memberi pengenalan kepada  topik yang hendak diajar kepada murid.
-Guru mengarah kan pelajar untuk berada dalam 4 kumpulan dan meminta murid untuk melantik ketua kumpulan masing-masing.
-Guru memberi arahan kepada murid.(Terlebih dahulu guru mengarahkan setiap kumpulan untuk membuka akaun g mail  dan menghubungkan setiap kumpulan  kepada Google Slide )
- Guru mendraf satu slaid kosong yang mengandungi 4 muka.
Arahan : Setiap kumpulan diberi tugasan untuk  mencari maklumat dari internet tentang perkara berikut:
Kumpulan 1 :Kelas makanan: Karbohidrat,protein dan lemak
Kumpulan 2 : Kelas makanan: vitamin,mineral dan pelawas
Kumpulan 3: Amalan pemakanan yang sihat
Kumpulan 4 : Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang (Penyakit yang berkaitan)

Murid diminta untuk mengisi maklumat yang diperolehi dari carian internet ke dalam slaid presentation yang telah didraf oleh guru mengikut page tajuk masing-masing. Murid juga digalakkan berbincang diruangan forum.
Masa yang diberikan ialah
30 minit

Murid duduk didalam kumpulan masing-masing.
-Mereka memilih ketua Kumpulan.
-Ketua kumpulan akan membuat pembahagian tugas.

Kumpulan yang dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kerjasama murid  dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.(Kaedah kooperatif iaitu Jigsaw- mencantumkan maklumat dari pelbagai sumber)

Pelajar juga akan menggunakan Google slide dari Google Drive untuk menyediakan slaid masing-masing dan pada masa yang sama boleh berkongsi maklumat dengan kumpulan yang lain(Kaedah kolaboratif)
25 minit
Guru memantau murid mencari maklumat melalui search engine,youtube, wikis dan sebagainya.
Murid bekerjasama dalam kumpulan mencari bahan dan mempersembahkan bahan tersebut dalam google slaid.
Pembelajaran secara koperatif ini dpat meningkat kan interaksi sosial pelajar diantar ahli kumpulan,
Ia juga dapat melatih pelajar untuk saling memberi pandangan berkongsi idea dan dapat bekerjasama menerima pendapat orang lain.
32 minit ( 8 minit X 4 kumpulan )
Guru memberi maklum balas kepada persembahan pelajar
Pelajar mempersembahkan hasil pencarian mereka tentang tajuk yang telah ditetapkan .
Pelajar berkongsi maklumat terhadap pencarian kumpulan yang lain.
Guru dan pelajar lain memberi maklum balas yang berkaitan dengan subtajuk yang dibentangkan.
Maklum balas amat penting untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan yang lebih mendalam dalam tajuk tersebut.
10 minit
Aktiviti pengayaan

Guru memberi tugasan dalam kumpulan :

Rancang satu menu ‘snack’ yang berkhasiat yang boleh diaplikasikan dalam menu seharian.
Murid hanya perlu menyatakan bahan-bahan menu tersebut dan nama menu tersebut.

Murid bekerjasama merancang menu tersebut  dan berkongsi sesama rakan di dalam kelas

Disamping meningkatkan kerjasama murid .aktiviti pengayaan ini juga dapat melatih pelajar berfikiran kreatif dan inovatif.
Ia juga salah cara untuk mendapatkan ‘richer learning environment
13 minit
Penutup
Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini.
Murid boleh mendapatkan bahan tersebut secara online
Murid boleh berkongsi maklumat tersebut
Pengunaan google drive membolehkan pelajar melihat hasil persembahan tersebut berulangkali dengan adanya capaian internet.


4.0 HASIL KAJIAN

5.0 PERBINCANGAN

6.0       RUMUSAN  

Pemilihan google drive sebagai alat yang digunakan sebagai mendapatkan amalan terbaik dalam pengajaran ialah kerana ia bersesuaian dengan tajuk dan strategi pembelajaran yang dipilih. Pelajar generasi terkini amat berminat dengan aktiviti berasaskan teknologi dan google drive adalah yang paling berkesan untuk digunakan kerana mereka boleh mencari, berkongsi dan memberi komen serta cadangan pada waktu yang sama.Secara tidak langsung ia  dapat menjimatkan masa dan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri mereka di dalam perbincangan. Pengunaan google slide  juga dapat memudahkan pelajar dan guru untuk mempersembahakan hasil kerja murid untuk dikongsi bersama dan disimpan untuk rujukan semua berbanding mengunakan power point biasa.

Proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di samping menambahkan ilmu pengetahuan pelajar. Slaid share dapat memudahkan perkongsian maklumat secara terus kepada rakan dalam kelas. Maklumat yang dicari dapat dipaparkan terus ke skrin walaupun dari komputer yang berbeza.
Pengunaan power point menyebabkan beberapa risiko seperti masa yang diambil lebih lama kerana pelajar perlu memindahkan data kepada kepada main desktop untuk dipancarkan. Risiko kedua ialah jangkitan virus berleluasa.

Jika kita menggunakan google slide ini dapat menjimatkan masa dan pelajar dapat melihat secara terus maklumat yang dicari oleh rakan mereka dan  dapat berkongsi maklumat secara cepat dan pantas. Masa mempersembahkan hasil tugasan juga dapat dijimatkan.



RUJUKAN

Analisa Hamdan et.al (2013), Kelebihan dan kekurangan teknologi web 2.0 dalam model integrasi e-latihan bermakna (i-met) dalam kalangan pelajar,  4th International Conference of Asean Studiesn Integrated Education and Islamic CivilizationUKM-UNIMED 9  –  10 December 2013

Asniza Musa & Zaidatun Tasir (2011). Implikasi alatan rangkaian sosial terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

http: //kafeque. blogspot.com/2014/09/ cara- menggunakan - google-street-view.html

http://www.academia.edu/10368460/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Menggunakan_Perisian_Google_-_Satu_Analisis_Kajian_Lepas

Johan @ Eddy Luaran (2013), Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi, Kuala Lumpur,  Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA

Johan Eddy Luaran. (2013a). Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 1. Kuala Lumpur: Faculty of Education UiTM. Johan Eddy Luaran. (2013b). Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 2. Kuala Lumpur: Faculty of Education UiTM.

Johari Hassan dan Fazliana Rashidah Abdul Rahman (2011). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010.

Joshua, E. S. (2005). PowerPoint's Power in the Classroom: Enhancing Students' Self Efficacy. Computer Education 45: 203-215.

Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah (2013). Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 3(1): 31-41

Suzana Shaharuddin & Fariza Khalid (2014). Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian Google  - Satu Analisis Kajian Lepas. Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat Fakulti PendidikanUniversti Kebangsaan Malaysia (UKM)