KERTAS CADANGAN PROJEK AMALAN TERBAIK DALAM PDP
TAJUK
Penggunaan media perkongsian digital (google drive) dalam persekitaran pembelajaran secara kolaboratif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan 2
1.0 PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG
Dalam menghadapi cabaran untuk pengajaran dan pembelajaran abad ke 21, penggunaan teknologi terutamanya penggunaan Web 2.0 boleh mewujudkan persekitaran yang moden yang boleh memberi impak kepada pedagogi (Redecker,2009). Pembelajaran dengan teknologi juga boleh dapat menarik minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari (Huneycut, 2013). Pelajar juga boleh terlibat secara aktif dan berkolaborasi sekiranya mereka diberi rangsangan dan panduan. Pelajar sekolah pada era ini juga disebut sebagai ‘Digital Natives’ (Prensky, 2001) kerana mereka lahir dan membesar dengan peralatan digital di sekeliling mereka. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang menggunakan ‘chalk and talk’ dan tidak begitu menepati kehendak mereka dan tidak begitu memberi kesan yang mereka harapkan.
Pembelajaran yang berpusatkan guru adalah salah satu strategi pengajaran yang agak ketinggalan zaman kerana pelajar tidak lagi berasa ia sesuatu mencabar. Pelajar pada abad ini adalah generasi yang sukakan cabaran dan eksplorasi, oleh itu pembelajaran yang berpusatkan murid adalah yang bersesuaian untuk mereka.
Jadi penggunaan Google Drive dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas abad ke-21 adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar di samping dapat memupuk minat belajar dan pembelajaran menjadi sangat aktif.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pengajaran guru secara tradisional yang hanya mengunakan “chalk & talk “ amat membosankan pelajar pada masa kini. Ia adalah pengajaran yang berpusatkan guru. Pelajar hanya mendengar penerangan guru tanpa berusaha untuk mencari sendiri pengetahuan. Kesannya, pelajar menjadi semakin pasif dan malas. Bahkan ada pelajar yang tertidur semasa penerangan guru. Apatah lagi, kehidupan harian pelajar bila berada di rumah, mereka sangat terdedah dengan pelbagai apalikasi internet. Jadi mereka lebih suka jika guru dapat memberi input menggunakan gajet yang terkini juga.
Begitu juga situasi yang berlaku di dalam kelas sewaktu guru mengarahkan pelajar membuat perbincangan di dalam kumpulan dengan hanya membuat rujukan menggunakan buku teks menyebabkan pelajar tidak begitu aktif dan kurang berminat. Sumber buku teks yang terhad menyebabkan pelajar sukar untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Perbincangan pelajar bersama kumpulan di dalam kelas juga tidak berjalan lancar kerana ada ahli kumpulan yang tidak berminat untuk turut serta disebabkan kekurangan sumber rujukan. Oleh itu dengan menggunakan bahan dari internet, sumber rujukan boleh didapati dari pelbagai sumber dan pada masa yang sama akan menarik pelajar untuk melibatkan diri secara aktif di dalam perbincangan kumpulan dan perbincangan akan menjadi lebih rancak dan menarik.
Abad ke-21, adalah masa untuk mengubah paradigma guru, iaitu cara pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Dengan ini guru menggunakan kaedah kolaboratif untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam perbincangan berkumpulan. Guru menjadi fasilator dalam menggerakkan pelajar supaya perbincangan menjadi lebih menarik dan mereka mendapat pelbagai informasi.
Sepanjang pengalaman guru mengajar sub topik jenis-jenis nutrisi dan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar, didapati guru mengambil masa yang sangat lama untuk membincangkan sub topik ini. Pelajar juga menghadapi masalah untuk memahami jenis- jenis kelas makanan dan fungsinya melalui buku teks sahaja tanpa ada rujukan yang sesuai seperti menggunakan internet. Bagi menyelesaikan masalah tersebut penggunaan media perkongsian digital menggunakan google drive dalam pengajaran bagi sub topik ini telah dirancang untuk memastikan masalah tersebut dapat diatasi.
1.3 OBJEKTIF
Diantara objektif penggunaan perkongsian digital google drive adalah
1. Mengintegrasikan aktiviti pembelajaran yang telah disediakan dalam satu persekitaran pembelajaran berasaskan pendekatan pembelajaran secara kolaboratif dengan sokongan teknologi abad ke-21 mengunakan model pembelajaran kolaboratif oleh Reid (1989)
2. Mengoptimumkan penggunaan media perkongsiaan digital (google drive) bagi meningkatkan pemahaman dan proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Menilai tahap keberkesanan (dari segi masa, minat pelajar dan penglibatan pelajar) penggunaan teknologi media perkongsian digital dalam pengajaran subjek sains tingkatan 2 .
2.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS
Menurut Johan @ Eddy Luaran (2013) Penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran didorong oleh konsep ‘open educational resourses’ di mana maklumat serta aplikasi adalah percuma untuk digunakan tanpa kekangan kecuali terdapat pakej khusus yang perlu dibayar oleh pengguna. Penggunaan web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat meningkatkan kolaborasi.
Menurut Analisa Hamdan (2013), web 2.0 mampu meningkatkan potensi pelajar untuk belajar dan menguasai sesuatu topik dengan mudah. Selain itu, teknologi juga berkeupayaan meningkatkan potensi terhadap penglibatan pelajar dalam proses P&P.
Menurut Suzana Shaharuddin dan Fariza Khalid (2014) Kelebihan Google drive dan Google Docs ialah ia dapat melakukan perkongsian bahan secara atas talian dan menyimpannya di samping dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar
Reka bentuk kajian kualitatif pula sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan (Crawford & Irving 2009). Sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan, kajian kes dipilih sebagai strategi kajian manakala temu bual dan analisis dokumen sebagai teknik kajian (Ahmad Naqiyuddin 2008; Neuman 2010).
3.0 METODOLOGI
3.1 LEARNING TEORI /STRATEGI YANG DICADANGKAN
Teori yang diaplikasikan disini adalah teori Connectism. Teori ini dicadangkan oleh George Siemen (2004). Menurut George Siemens, Connectivism merupakan teori pembelajaran yang digunakan untuk era digital masa kini dan merupakan alternatif teori pembelajaran pada abad digital. prinsip-prinsip Connectivisme adalah seperti berikut:-
a). Kepelbagaian pendapat: pembelajaran dan pengetahuan mempunyai kepelbagaian pendapat dan pandangan individu. Ini dapat diaplikasi kan semasa murid mencari maklumat didalam kumpulan dan dapat dikongsi bersama.
b) Keperluan memelihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya pembelajaran berlaku secara berterusan.Maklumat yang diperolehi dapat dikongsikan dan dapat diakses pada bila bila masa.
c) Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan konsep
d) Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran connectivism.Ini dicapai melalui sumber maklumat yang boleh diperolehi .
e) Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi maklumat yang banyak diperoleh..Pelajar juga perlu memilih bahan yang sesuai dengan tahap pemikiran dan pembelajaran mereka.
f). Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.Murid dapat membuat keputusan yang lebih matang dan rasional berdasarkan maklumat baru dan pengetahuan yang diperoleh oleh murid murid.
Dari segi strategi pengajaran pula kami memilih strategi pembelajaran secara kolaboratif.
Pembelajaran kolaboratif yang diketengahkan mengikut model kolaboratif yang dikemukakan oleh Reid (1989). Menurut Tan Wee Chueng et al.(2008) dalam model tersebut terdapat 5 fasa untuk membentuk pengajaran dalam pendekatan secara kolaboratif .Fasa tersebut adalah penglibatan,eksplorasi,transformasi,persembahan dan refleksi. Penerangan setiap peringkat fasa seperti dibawah :
i) Fasa penglibatan (Engagement): Fasa guru menyediakan persekitaran aktiviti dan
menglibatkan penglibatan secara kolaborasi dan perkongsian
ii) Fasa eksplorasi(Exploration) : Pelajar mengumpul maklumat secara eksplorasi
mengikut penetapan yang telah diarahkan oleh guru.Pelajar boleh menggunakan
panduan persoalan untuk penerokaan seperti :
- Apa yang saya perlu tahu?
b) Apa yang saya perlu belajar?
c) Bagaimana saya perlu belajar dan berkerjasama dengan orang lain untuk
mendapatkan tujuan yang sama
d) Apa yang saya sudah belajar
e) bagaimana caranya untuk saya berkongsi apa yang saya dapat atau apa yang saya dapat dari orang lain.
(iii) Fasa transformasi (transformation) : Berlaku perubahan pengetahuan.pelajar menyusun maklumat yang telah mereka perolehi.
(iv) Fasa Persembahan(presentation): Pelajar dikehendaki mempersembahkan hasil
tugasan yang telah diberikan .Mereka akan mendapat maklumbalas daripada rakan lain
dan juga guru.
(v) Fasa Refleksi (reflection): pelajar membuat refleksi terhadap pembelajaran yang telah
dilalui dengan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan.
3.1.2 Cadangan dan idea amalan terbaik
Pembelajaran dengan pendekatan kolaboratif dapat dilaksanakan bagi menggalakkan penyertaan semua pelajar dalam proses pencarian maklumat dalam talian contohnya menggunakan enjin pencarian google dan sebagainya. Pelajar akan mencari maklumat dan berkongsi maklumat tersebut yang akan dipersembahkan di dalam google slide untuk dikongsi bersama dalam aplikasi perkongsian media digital (google drive). Penglibatan pelajar yang aktif dapat mengubah corak pembelajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang berpusatkan murid. Maklumat yang diperolehi akan dikongsi bersama dan ia dapat dimanfaatkan pada semua pelajar. Pengunaan google drive juga membenarkan pelajar mengakses pembelajaran itu semula pada bila bila masa jika mereka mahu mengulangkaji. Masalah penyimpanan bahan pembelajaran dapat diatasi kerana ia di simpan secara cloud di dalam talian .Aplikasi google drive ini juga percuma dan mudah dikendalikan kerana para pelajar hanya perlu mempunyai akaun gmail sahaja.Pengunaan aplikasi perkongsian digital ini (google drive) merupakan amalan terbaik untuk menyokong pembelajaran secara kolaboratif yang di jalankan di dalam kelas.
Di sini kaji hanya ingin melihat keberkesanan penggunaan google drive dalam pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif di dalam kelas. Jadi kajian ini tidak menyentuh tentang penggunaan enjin carian google.
3.2 POPULASI DAN SAMPEL
Kajian akan dilaksanakan di sekolah kami sendiri. Yang mana populasi yang dipilih adalah terdiri dari pelajar tingkatan dua sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar. Sampel dipilih secara ‘purposive sampling’, iaitu pelajar dari satu kelas yang kami ajar.
3.3 INSTRUMEN
Instrumen kajian bentuk kualitatif iaitu menggunakan cara pemerhatian dan temubual. Analisa Hamdan (2013), menggunakan kaedah temubual separa berstruktur. Soalan temubual diberikan dalam bentuk soal selidik respon terbuka. Soalan diberikan dengan bentuk penulisan jawapan yang terbuka. Pelajar bebas memberi pendapat mereka.
Kajian ini mengadaptasi kerangka reka bentuk kajian yang dikemukakan oleh Creswell (2009) kerana didapati menyeluruh dan dapat menunjukkan perkaitan yang jelas antara falsafah, strategi dan teknik kajian. Reka bentuk penyelidik adalah jenis kualitatif .Strategi kajian ini pula adalah kajian kes . Manakala teknik kajian ini pula adalah kombinasi temu bual soalan terbuka dan analisis kandungan dokumen.
Dalam pemerhatian, kami akan melihat aktiviti pelajar adakah aktif atau tidak. Bagaimana respon pelajar dan bagaimana hasil persembahan slide mereka.
3.4 TEKNIK PENGUMPULAN DATA
Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar akan diberikan satu set borang refleksi. Setiap pelajar diminta menulis pendapat mereka tentang masa, minat pelajar, penglibatan pelajar, pemahaman dan cadangan penambahbaikan.
Hasil refleksi ini akan ditafsirkan atau dinilai dengan menggunakan perisian Nvivo dan direkodkan sebagai hasil kajian.
3.5 PELAKSANAAN
3.5 PELAKSANAAN
Mata Pelajaran : Sains
Masa : 90 minit
Tajuk : Nutrisi ( Amalan pemakanan yang sihat)
Tingkatan : 2
Objektif pembelajaran : Mengetahui jenis-jenis nutrisi dan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar.
Hasil Pembelajaran :
i) Mengenalpasti fungsi dan jenis makanan
ii) Mempraktikkan amalan pemakanan yang sihat.
Strategi Pembelajaran : Pembelajaran Koperatif dan kolaboratif
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, LCD, jaringan Internet
Tools : Google Drive (google slaid dan google doc)
Aktiviti yang dicadangkan :
Masa
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti pelajar
|
Penerangan
|
5 minit
|
Set Induksi
Guru memberi gambar berikut dan meminta pelajar untuk memberi pendapat mereka tentang gambar tersebut.
|
Pelajar akan memberi pendapat mereka tentang gambar tersebut
|
Guru akan memandu idea yang diberikan oleh murid dan seterusnya mengaitkan kepada topik yang hendak di pelajari pada hari tersebut.
|
10 minit
|
-Guru memberi pengenalan kepada topik yang hendak diajar kepada murid.
-Guru mengarah kan pelajar untuk berada dalam 4 kumpulan dan meminta murid untuk melantik ketua kumpulan masing-masing.
-Guru memberi arahan kepada murid.(Terlebih dahulu guru mengarahkan setiap kumpulan untuk membuka akaun g mail dan menghubungkan setiap kumpulan kepada Google Slide )
- Guru mendraf satu slaid kosong yang mengandungi 4 muka.
Arahan : Setiap kumpulan diberi tugasan untuk mencari maklumat dari internet tentang perkara berikut:
Kumpulan 1 :Kelas makanan: Karbohidrat,protein dan lemak
Kumpulan 2 : Kelas makanan: vitamin,mineral dan pelawas
Kumpulan 3: Amalan pemakanan yang sihat
Kumpulan 4 : Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang (Penyakit yang berkaitan)
Murid diminta untuk mengisi maklumat yang diperolehi dari carian internet ke dalam slaid presentation yang telah didraf oleh guru mengikut page tajuk masing-masing. Murid juga digalakkan berbincang diruangan forum.
Masa yang diberikan ialah
30 minit
|
Murid duduk didalam kumpulan masing-masing.
-Mereka memilih ketua Kumpulan.
-Ketua kumpulan akan membuat pembahagian tugas.
|
Kumpulan yang dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kerjasama murid dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.(Kaedah kooperatif iaitu Jigsaw- mencantumkan maklumat dari pelbagai sumber)
Pelajar juga akan menggunakan Google slide dari Google Drive untuk menyediakan slaid masing-masing dan pada masa yang sama boleh berkongsi maklumat dengan kumpulan yang lain(Kaedah kolaboratif)
|
25 minit
|
Guru memantau murid mencari maklumat melalui search engine,youtube, wikis dan sebagainya.
|
Murid bekerjasama dalam kumpulan mencari bahan dan mempersembahkan bahan tersebut dalam google slaid.
|
Pembelajaran secara koperatif ini dpat meningkat kan interaksi sosial pelajar diantar ahli kumpulan,
Ia juga dapat melatih pelajar untuk saling memberi pandangan berkongsi idea dan dapat bekerjasama menerima pendapat orang lain.
|
32 minit ( 8 minit X 4 kumpulan )
|
Guru memberi maklum balas kepada persembahan pelajar
|
Pelajar mempersembahkan hasil pencarian mereka tentang tajuk yang telah ditetapkan .
Pelajar berkongsi maklumat terhadap pencarian kumpulan yang lain.
|
Guru dan pelajar lain memberi maklum balas yang berkaitan dengan subtajuk yang dibentangkan.
Maklum balas amat penting untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan yang lebih mendalam dalam tajuk tersebut.
|
10 minit
|
Aktiviti pengayaan
Guru memberi tugasan dalam kumpulan :
Rancang satu menu ‘snack’ yang berkhasiat yang boleh diaplikasikan dalam menu seharian.
Murid hanya perlu menyatakan bahan-bahan menu tersebut dan nama menu tersebut.
|
Murid bekerjasama merancang menu tersebut dan berkongsi sesama rakan di dalam kelas
|
Disamping meningkatkan kerjasama murid .aktiviti pengayaan ini juga dapat melatih pelajar berfikiran kreatif dan inovatif.
Ia juga salah cara untuk mendapatkan ‘richer learning environment’
|
13 minit
|
Penutup
Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini.
Murid boleh mendapatkan bahan tersebut secara online
|
Murid boleh berkongsi maklumat tersebut
|
Pengunaan google drive membolehkan pelajar melihat hasil persembahan tersebut berulangkali dengan adanya capaian internet.
|
4.0 HASIL KAJIAN
5.0 PERBINCANGAN
6.0 RUMUSAN
Pemilihan google drive sebagai alat yang digunakan sebagai mendapatkan amalan terbaik dalam pengajaran ialah kerana ia bersesuaian dengan tajuk dan strategi pembelajaran yang dipilih. Pelajar generasi terkini amat berminat dengan aktiviti berasaskan teknologi dan google drive adalah yang paling berkesan untuk digunakan kerana mereka boleh mencari, berkongsi dan memberi komen serta cadangan pada waktu yang sama.Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan masa dan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri mereka di dalam perbincangan. Pengunaan google slide juga dapat memudahkan pelajar dan guru untuk mempersembahakan hasil kerja murid untuk dikongsi bersama dan disimpan untuk rujukan semua berbanding mengunakan power point biasa.
Proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di samping menambahkan ilmu pengetahuan pelajar. Slaid share dapat memudahkan perkongsian maklumat secara terus kepada rakan dalam kelas. Maklumat yang dicari dapat dipaparkan terus ke skrin walaupun dari komputer yang berbeza.
Pengunaan power point menyebabkan beberapa risiko seperti masa yang diambil lebih lama kerana pelajar perlu memindahkan data kepada kepada main desktop untuk dipancarkan. Risiko kedua ialah jangkitan virus berleluasa.
Jika kita menggunakan google slide ini dapat menjimatkan masa dan pelajar dapat melihat secara terus maklumat yang dicari oleh rakan mereka dan dapat berkongsi maklumat secara cepat dan pantas. Masa mempersembahkan hasil tugasan juga dapat dijimatkan.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment