Monday, June 22, 2015

Presentation Best Practice

17 Jun, 2015

Hari terakhir kelas.
Sebenarnya kuliah dah habis, cuma kami belum lagi membentangkan projek amalan penggunaan media terbaik dalam PnP.

Kumpulan kami confident je nk bentang projek ni. Tajuk projek kami adalah , Penggunaan media perkongsian digital bagi mewujudkan pembelajaran kolaboratif dalam kelas abad ke-21.

Projek kami membincangkan tentang penggunaan aplikasi google drive dalam pengajaran subjek sains di sekolah.  Memanglah kalu kita menngajar menggunakan internet dalam kelas atau bawa budak-budak ke makmal komputer dia orang ni sangat teruja. Apa lagi bila kita ajar tentang teknologi yaang baru yang tak pernah mereka guna akan membuatkan pelajar  sangat teruja... So... bila kita suruh buka enjin cari google untuk cari maklumat, laaju je mereka buat. sebab apa ek? oh sebab mereka berebut-rebut dengan group lain untuk letakkan maklumat yang mereka cari dalam google drive.

Penggunaan google drive ni yang bestnya, pelajar dapat masukkan maklumat mereka kepada slaid yang dipaparkan ole guru dengan mudah dan cepat sebab komputer mereka telah dihubungkan secara atas talian antara satu sama lain dalam satu slaid sahaja. Jadi bila group mereka masukkan maklumat, group lain dapat melihat dan membaca terus atas skrin yang dipaparkan oleh guru. Dengan ini pembelajaran kolaboratif berjalan dengan lancar.

Betulkah pembelajaran kolaboratif?

Pembelajaran kolaboratif  yang diketengahkan mengikut model kolaboratif yang dikemukakan oleh Reid (1989). Menurut Tan Wee Chueng et al.(2008) dalam model tersebut terdapat 5 fasa untuk membentuk pengajaran dalam pendekatan secara kolaboratif .Fasa tersebut adalah penglibatan,eksplorasi,transformasi,persembahan dan refleksi. Penerangan setiap peringkat fasa  seperti dibawah :
i)    Fasa penglibatan (Engagement): Fasa guru menyediakan persekitaran  aktiviti dan
       menglibatkan penglibatan secara kolaborasi dan perkongsian
ii)   Fasa eksplorasi(Exploration) : Pelajar mengumpul maklumat secara eksplorasi
       mengikut penetapan yang telah diarahkan oleh guru.Pelajar boleh menggunakan
      panduan persoalan  untuk penerokaan seperti :
a.                   Apa yang saya perlu tahu?
            b)  Apa yang saya perlu belajar?
c) Bagaimana saya perlu belajar dan berkerjasama dengan orang lain untuk mendapatkan tujuan yang sama
d)  Apa yang saya sudah belajar
e)  bagaimana caranya untuk saya berkongsi apa yang saya dapat atau apa yang saya  dapat dari orang lain.
(iii) Fasa  transformasi (transformation) : Berlaku perubahan pengetahuan.pelajar menyusun maklumat yang telah mereka perolehi.
(iv) Fasa Persembahan(presentation): Pelajar dikehendaki mempersembahkan hasil
     tugasan yang telah diberikan .Mereka akan mendapat maklumbalas daripada rakan lain
      dan juga guru.
(v) Fasa  Refleksi (reflection): pelajar membuat refleksi terhadap pembelajaran yang telah
dilalui dengan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan.

Dalam projek ni kami libatkan semua pelajar (enggagement) untuk pelajar cari maklumat (eksplorasi) menggunakan enjin carian google, seterusnya mereka transformkan maklumat tadi ke bentuk slaid yang boleh dikongsikan bersama menggunakan google drive (presentation). Dan di akhir kelas pelajar sendiri memasukan rumusan dalam slaid (refleksi).

Best tak cara pnp macam ni??? ini salah satu cara untuk guru-guru galakkan pelajar mencari maklumat sendiri.

Kalu pelajar berada di rumah mempunyai akaun facebook, guru-guru juga berinteraksi dengan pelajar untuk berbincang atas talian, bila di dalam kelas guru-guru boleh menjelaskan perbincangan secara terperinci. atau guru-guru boleh gunakan blog, beri assignment kepada pelajaar waktu cuti dan suruh mereka buat tugasan guna blog...

Sebenarnya banyaak cara untuk guru-guru libatkan pelajar dalam pembelajaran secara online, cuma kawalan dan peraturan perlu dibuat agar pelajar tidak ghaib dari alam ciber. Guru-guru juga boleh membuat penilaian assessment secara atas talian contohnya boleh menggunakan quizlet, quizzes dan sebagainya.



Okeylah, berundur dulu sebab esok ada exam. study sikit apa yang patut... bye bye...




No comments:

Post a Comment